'Elakkan Bawa Baby Baru Lahir Beraya Di Rumah Orang' - Doktor

'Elakkan Bawa Baby Baru Lahir Beraya Di Rumah Orang' - Doktor | Saya cuma nak berkongsi pada semua ibu-ibu. Saya hari ini baru balik dari berjumpa dengan doktor. Pantang hari ke 30, cucuk baby untuk sebulan, Hepatitis B (dos 2).


"Doktor, bagaimana ye saya nak beraya dengan baby baru ini memandangkan pelalian untuk menghindari dari dijangkiti wabak difteria ialah suntikan vaksin untuk baby berumur 2 bulan?" soal saya pada doktor.

"Kalau boleh, elakkan pergi beraya di rumah orang. Sebab di waktu raya inilah wabak itu akan menular di serata tempat.

"Wabak itu boleh dijangkiti melalui air liur, bersin dan batuk. Elakkan baby dari dicium oleh orang lain," jawab doktor.

Cuma mahu berkongsi info pada ibu-ibu yang baru bersalin. Di hospital hari ini, doktor pun ada mention beberapa parents yang bertanya pada beliau tentang kerisauan mereka berkenaan wabak difteria ini.

Selamat hari raya! Biar jadi paranoid agar anak terhindar dari penyakit ini. Moga Allah swt melindungi anak-anak kita dari musibah dan malapetaka. Ameennn

'Elakkan Bawa Baby Baru Lahir Beraya Di Rumah Orang' - Doktor 'Elakkan Bawa Baby Baru Lahir Beraya Di Rumah Orang' - Doktor Reviewed by OH Buletin on 9:45 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.