'Ibuku Bermulut Puaka...Samakan Kami Seperti Binatang'

'Ibuku Bermulut Puaka...' | Aku taknak cakap banyak. Aku just nak tanya, siapa kat sini ada mengalami situasi sama macam aku, di mana ibu nya bermulut puaka. Yes. Jenis yang suka mencarut. Suka cakap yang bukan-bukan terhadap anak-anak suka lawan cakap suami. Tinggi suara depan suami.


Aku sedih. Serius. Dari kecil lagi aku jadi tertekan bila dengar mak aku sebut perkataan yang bukan-bukan, samakan kami dengan binatang. Gaduh dengan ayah. Serius aku sedih gila. Aku kesiankan ayah aku.

Ya. Memang kadang-kadang kelakuan kami ada yang buatkan dia marah. Tapi perlu ke sampai ke tahap mencarut dan membinatangkan kami?

Aku straight je lah eh. ADAKAH MASALAH YANG BERLAKU DALAM KELUARGA KAMI, DISEBABKAN OLEH MULUT IBU KAMI? Ya dia memang ibu yang baik, suka pergi majlis ilmu. Tapi hati dia tu, entah lah. Macam tiada function dia pergi ke majlis-majlis ilmu tu.

Aku memang bukan anak yang boleh membanggakan ibubapa, bukan juga anak yang soleh/ solehah. Cuma telinga aku ni, jenis yang tak boleh dengar perkataan yang bukan-bukan.

Kadangkan, adik-adik aku ada meluah kat aku yang diorang kesian kat aayah aku, asyik kena marah dengan mak aku. Mak aku nak selalu menang. And sekarang, adik-adik aku dah pandai melawan cakap mak ayah aku. Dah pandai menjawab. Dah pandai buat perangai buat bodoh je bila kena marah. Aku rasa adik aku dah takde rasa bila kena marah dengan mak aku sebab diorang dah benci dengan sikap mak aku yang suka marah ayah aku.

Yes. Mak aku jenis marah ayah depan-depan. Aku selalu menangis wei bila ayah aku kena marah. Aku stress. Aku rasa, adik aku jadi melampau macam tu pun, sebab diorang dah hilang hormat dekat mak aku.

Aku tak tahu lah wei. Aku sedih sekarang. Aku jadi terfikir, apa yang terjadi dalam keluarga kami ni, mungkin disebabkan mulut puaka mak kami.

Mungkin korang ada doa untuk aku amalkan. Atau perkara yang patut aku cuba, untuk kurangkan puaka mulut mak aku ni.

Terima kasih. Salam Aidifitri.

'Ibuku Bermulut Puaka...Samakan Kami Seperti Binatang' 'Ibuku Bermulut Puaka...Samakan Kami Seperti Binatang' Reviewed by OH Buletin on 1:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.