Jenazah Aziz Singah Selamat Dikebumikan

Jenazah Aziz Singah Selamat Dikebumikan | Jenazah pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Singah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bongek Acheh dekat sini, hari ini.


Jenazah Allahyarham tiba di sini pada kira-kira 11 pagi selepas disembahyangkan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada pukul 8 pagi tadi.
Jenazah kemudiannya disembahyangkan sekali lagi di Masjid Kariah Kampung Bongek, sebelum dikebumikan disebelah pusara ibunya.

Abdul Aziz, 75, meninggal dunia akibat kanser prostat di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor kira-kira 11.30 malam tadi.


Kira-kira 250 orang terdiri daripada anggota keluarga, saudara mara dan rakan artis dan pengiat seni tanah air hadir di tanah perkuburan itu.

Antara rakan artis yang hadir ialah pelakon S. Sahlan, artis veteran Sharifah Aminah Syed Abdullah, Amran Aman Ramli atau Amran Tompel dan Datuk Amin Khan.

Turut hadir, Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman.

Abdul Aziz yang begitu popular pada era 1980-an pernah membintangi beberapa drama dan filem seperti PJ Holding, Sate, Maria Mariana dan Impian serta pernah menjadi presiden Persatuan Seniman Malaysia.

Jenazah Aziz Singah Selamat Dikebumikan Jenazah Aziz Singah Selamat Dikebumikan Reviewed by OH Buletin on 3:03 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.