'Kalau Anak Saya Lumpuh, Saya Akan Saman' - Zulkifli Yunus

'Kalau Anak Saya Lumpuh, Saya Akan Saman' - Zulkifli Yunus | Netizen mendakwa gambar pelajar perempuan, Nur Syahida, 15, yang masuk wad selepas ditampar gurunya  sebanyak 3 kali, merupakan gambar lama sehingga dikongsi oleh sebuah laman Facebook guru yang mendapat banyak perkongsian seolah-olah pelajar berkenaan dianggap mereka-reka cerita.


Bagaimanapun, bapa pelajar terbabit, Zulkifli Yunus, 58, tampil menafikan dakwaan yang tidak berasas itu.

"Itu memang gambar terbaru anak saya yang dirawat di hospital selepas ditampar guru yang mendakwanya mempunyai masalah disiplin.

"Jika anak saya tidak sembuh atau lumpuh, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada Harian Metro

Menurut Zulkifli, memang benar anak sulungnya itu pernah terjatuh di bilik air pada November 2015, yang menyebabkan lehernya cedera. Nur Syahida dinasihatkan oleh doktor agar tidak melakukan kerja berat termasuk bersukan kerana bimbang sarafnya bermasalah dan boleh menyebabkan lumpuh.


"Saya maklumkan perkara itu kepada pihak sekolah. Namun kejadian itu (ditampar) memberikan kesan kepada leher anak saya. Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru mempunyai pilihan lain untuk mendidik dan menghukum, termasuk rotan dan tidak mencederakan pelajar," katanya.

Nur Syahida telah dibenarkan keluar dari wad hari ini. Namun beliau kesal dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya di media sosial.

"Banyak fitnah yang dilemparkan. Namun saya bersyukur kerana ada pihak membetulkan fitnah termasuk yang mendakwa saya berpakaian ketat.

"Hal yang sebenarnya ialah saya ditampar kerana dikatakan mengandam kening walaupun kening saya itu memang kening sebenar, dah macam itu rupanya," katanya.

Difahamkan, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jaafar Ismail telah bertemu dengan keluarga mangsa. Pihaknya telah bersepakat dengan Zulkifli Yunus untuk menyelesaikan masalah itu dengan baik demi kepentingan kedua-dua pihak.

'Kalau Anak Saya Lumpuh, Saya Akan Saman' - Zulkifli Yunus 'Kalau Anak Saya Lumpuh, Saya Akan Saman' - Zulkifli Yunus Reviewed by OH Buletin on 3:36 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.