Kaza Sedih, Mohon Maaf Video Anak Gelek ‘Maut’

Kaza Sedih, Mohon Maaf Video Anak Gelek ‘Maut’ | Hati ayah mana yang tidak tenteram setelah nama anaknya menjadi topik bualan hangat pengguna internet berikutan tersebarnya rakaman video berjudul aksi ‘gelekkan maut’ Ira Kazar yang menerima pelbagai kecaman.


Sehubungan perkara itu, pelakon dan penyanyi terkenal, Kazar Saisi hari ini tampil memohon maaf kepada pelbagai pihak dengan menyifatkan tindakan anaknya itu kurang manis untuk tatapan umum.

[ Artikel Berkaitan : Dek Gelekan Maut, Nama Ira Kaza Jadi Trending ]

Menerusi akaun sosial Instagram Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, beliau memohon maaf bagi pihak anaknya itu dan menyatakan bahawa anak gadisnya itu bukanlah seorang anak yang jahat sebaliknya Ira hanya melalui zaman remajanya.

Bagaimanapun, Kazar meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya serta keluarganya sekaligus menganggap seolah-olah ada pihak yang sengaja mahu mencalarkan dan merosakkan kegembiraan dan keceriaan mereka sekeluarga.

Tidak mahu terus tertekan dengan tohmahan dan kritikan tersebut, pelakon yang pernah meraih gelaran sebagai Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV Anugerah Lawak Warna 2014 ini turut mengumumkan beliau mungkin tidak akan aktif di laman sosial Instagram selepas ini.

Pengumuman Kazar itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikut lnstagramnya yang rata-rata memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada pelakon serba boleh itu.

Mempunyai lebih daripada 160 ribu pengikut di IG, selama ini Kazar dikenali antara selebriti yang sentiasa mencuit hati pengikut-pengikutnya menerusi kemaskini status-statusnya serta gambar-gambar yang dimuat naik di akaun sosialnya itu.

Bagaimanapun menerusi perkembangan terbaharu di laman sosialnya itu, posting mengenai pemohonan maafnya itu telah dipadamkan

Sebagai bapa, pelakon veteran itu tetap menyayangi Ira dan tidak menyalahkan gadis itu atas kelakuannya.

Kaza Sedih, Mohon Maaf Video Anak Gelek ‘Maut’ Kaza Sedih, Mohon Maaf Video Anak Gelek ‘Maut’ Reviewed by OH Buletin on 9:23 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.