Pemain Bola Sepak Ditahan Polis

Pemain Bola Sepak Ditahan Polis | Encik maaflah… saya nak pergi latihan bola sepak ni, lain kali saya tak buat lagi,” kata seorang pemain bola sepak Piala Presiden yang ditahan pihak berkuasa dalam Operasi Khas Motosikal di Jalan Dato Bandar Tunggal di sini, kelmarin.


Pemain berusia 18 tahun itu ditahan polis kerana menunggang motosikal tanpa lesen selain tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

Selain itu, dalam operasi sama, seorang remaja perempuan berusia 21 tahun menangis teresak-esak kerana ditinggalkan teman lelakinya selepas dia ditahan positif dadah.

Remaja terbabit mengaku mengambil dadah jenis syabu atas pengaruh rakannya dan ketika ditahan dia tidak membawa kad pengenalan.

Itu antara aksi ditemui dalam operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Polis Diraja Malaysia,  Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen di sini.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Borhan berkata, secara keseluruhan sebanyak 140 kenderaan diperiksa pihaknya dalam sekatan jalan raya di enam lokasi di bandar ini bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

“Daripada jumlah kenderaan diperiksa, (45) ditahan memandu tanpa lesen, tiada lesen kenderaan motor (25), (25) tiada insurans, (10) masalah nombor pendaftaran, (8) kesalahan teknikal dan (6) kenderaan disita.

“Manakala polis pula telah mengeluarkan 75 saman membabitkan 80 kesalahan seperti tiada lesen, masalah nombor pendaftaran, tiada insurans dan lain-lain,” katanya.

Selain itu, tujuh individu termasuk seorang wanita berusia antara 21 hingga 40 tahun ditahan AADK selepas didapati positif dadah.

Katanya, seramai lima warga asing ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan sebuah motosikal dikenakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Bunyi Bising Kenderaan Motosikal 1987.

Pemain Bola Sepak Ditahan Polis Pemain Bola Sepak Ditahan Polis Reviewed by OH Buletin on 11:06 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.