Pembunuh Upahan Wanita Mengaku Minum Darah Mangsa

Pembunuh Upahan Wanita Mengaku Minum Darah Mangsa | Seorang pembunuh upahan membuat pengakuan mengejut iaitu dia meminum darah mangsanya.


Laporan Dailymail mengatakan pengakuan tersebut dibuat oleh pembunuh upahan dari kumpulan sindiket (Cartel) Mexico, Juana, 28, yang juga dikenali sebagai 'La Peque'.

Juana yang kini ditahan di penjara di Baja, California mengganggotai cartel Mexico yang ganas iaitu Los Zetas.

Kata Juana, dia bermula sebagai pelacur sebelum 'dibawa masuk' ke dunia cartel.

Juana kemudian ditugaskan pengintip untuk memantau pergerakan polis dan tentera Mexico.

Dia juga mengaku menyaksikan berpuluh-puluh pembunuhan mengerikan yang dilakukan oleh Los Zetas.

Kes melibatkan Juana sedang disiasat dan dia kini menanti perbicaraan.

Pembunuh Upahan Wanita Mengaku Minum Darah Mangsa Pembunuh Upahan Wanita Mengaku Minum Darah Mangsa Reviewed by OH Buletin on 12:04 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.