'Tak Nak Kerja Ke Lepas Bersalin' - Ibu Mertua

'Tak Nak Kerja Ke Lepas Bersalin' - Ibu Mertua | Mula-mula saya kenal suami saya, dia ada sebuah kdai kecil sahaja, saya tak tahuu dia ada moto je masa tu. Saya pula bekerja di sebuah Worldwide Bank. Masa tu pakai kereta kecil, kereta Malaysia sahaja.


Selepas 6bln knal, ayah sy suruh kami bertunang, sebelum bertunang, Alhamdulillah si dia dpt buka kedai yg lebih bsar dr sebelum ni.

Sebelum menikah, bakal mertua sy bercerita dgn adik beradik bahawa anaknya akn menikahi seseorang yg bekerja di Bank. Menantu nya semua tidak bekerja.

Selepas 6bln bertunang kami menikah dan beberapa bulan selepas tu sy mengandung. Alahan yang amat teruk, boleh kata seminggu 2-3x kena pergi klinik sbb alahan teruk, kena duduk di klinik lbh krg 4-5jam (masuk ubat 2 botol) lepas tu balik rumah. Sampai 1 tahap sy dimasukkan ke hospital disebabkan alahan terlalu teruk,bkn sy manja tp masuk sahaja bulan ke 3 mengandung alahan bermula & sangat teruk. Keluar dari hospital sy buat keputusan untuk berhenti kerja atas persetujuan dari sy & suami.

MALANGNYA semasa ank masih lagi dlm kandungan, ibu mertua asyik bertanya "tak nak kerja ke lepas bersalin nanti?".. Soalan yg sering ditanya setiap kali balik ke kg suami dr mengandung sehingga sekarang ( ank sy dah 6bln) sampai sy rasa hina sgt bila tak bekerja sekarang ni. Terus terang sy katakan sy meniaga online selepas berhenti kerja dr Bank & Alhamdulillah ada turun naiknya.

Masa dlm pantang pun saya teruskan niaga online sampai dapat jumlah sama dengan gaji masa sy bekerja di bank (Betul org kata rezeki anak Inshaallah ada). Suami mmg x bg htr anak pada pengasuh walau pun berulang kali sy minta disebabkan sy krg masa kerana fokus pada berniaga online. Ibu mertua sy x pakai hp, jadi mungkin dia x faham apa tu NIAGA ONLINE. Setiap kali balik memang soalan yg sama diulang ulang.

" tak nak cari kerja ke"..
"sekarang ni kalau kerja gaji RM3000 ke atas kira elok la"

Buntu saya fikirkan. Tu belum lg masuk bab adik ipar yg suka dok banding-bandingkan barang ank sy & ank dia.

" Botol susu guna jenama apa"..
"Ank minum susu apa"..
" Car seat ini harga brpa,ank sy pnya pun hrga RMxxx.xx"..
"Stroller kalau nak yang elok guna la Mclaren"..
Sy dh cuba bg yg terbaik, suami pula x bagi htr ank pada pengasuh. Bila org nampak kita tak bekerja, barang yang kita beli utk mereka pn mereka kata tu duit suami kita.

Allahhu… Hanya keluarga sy sahaja yg tahu macam mana sy cari duit walaupn dlm berpantang, tambahan pula sy bersalin operation. Sampai 1 tahap sy malas nak ikut suami blk ke kg dia sebab mala nak dengar soalan yg sama. Suami memang memahami & kadang2 x kisah kalau saya x ikut sama pulang ke kampung.

SURIRUMAH di luar sana, TAHNIAH kepada anda. sy baru ada seorang anak, memang penat uruskan rumah, anak, makan, baju keluarga. Tak pernah sehari pun kita cuti kalau kita berada di rumah. Ramai SURIRUMAH yg BERNIAGA ONLINE skrg ni. sy kagum dengan kalian. DOAKAN rezeki sy bertambah seperti kalian & hati sy kuat untuk lalui hari2 mendatang.

'Tak Nak Kerja Ke Lepas Bersalin' - Ibu Mertua 'Tak Nak Kerja Ke Lepas Bersalin' - Ibu Mertua Reviewed by OH Buletin on 1:25 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.