Wanita Melecur Ketika Isi Minyak Meninggal Dunia

Wanita Melecur Ketika Isi Minyak Meninggal Dunia | Wanita yang melecur badannya selepas disambar api ketika menggunakan telefon bimbit semasa mengisi minyak di Taman Setapak Indah pada 28 Jun lalu, meninggal dunia Ahad lepas.


Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif setelah beliau dimaklumkan oleh keluarga mendiang hari ini.
T. Sarifhla, 25, meninggal dunia pada pukul 5 pagi di Hospital Kuala Lumpur.

"Perkara ini dimaklumkan oleh keluarga mendiang hari ini dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

[ Artikel Berkaitan : Isi Minyak Sambil Guna Handphoje, Wanita Melecur 60% ]

Pada 28 Jun lepas, Sarifhla melecur 60 peratus di bahagian badannya apabila telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api.

Mangsa dikatakan sedang mengisi minyak sambil menggunakan telefon bimbit sebelum berlaku percikan api hingga menyambar telefon bimbitnya dalam kejadian 1.25 tengah hari itu.

Wanita itu dipercayai bertindak masuk ke dalam keretanya dan menutup pintu kereta jenis Perodua Axia itu.


Wanita Melecur Ketika Isi Minyak Meninggal Dunia Wanita Melecur Ketika Isi Minyak Meninggal Dunia Reviewed by OH Buletin on 2:03 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.