Wanita Terjun Dari Tingkat 18

Wanita Terjun Dari Tingkat 18 | Wanita berusia 51 tahun ditemui mati selepas terjun dari tingkat 18 sebuah pangsapuri di Minden Height, Gelugor awal pagi tadi.


Kejadian dipercayai berlaku pada 1 pagi ketika mangsa dikatakan bersama keluarga di dalam rumah.

Sumber berkata, mangsa dipercayai keluar dari rumah tanpa disedari keluarga sebelum dikejutkan dengan kejadian menyayat hati itu.

Keluarga mangsa mengetahui kejadian itu selepas seorang jiran datang ke rumah dan memberitahu mengenai penemuan mayat mangsa dalam keadaan terlentang berlumuran darah di bawah pangsapuri.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.

Wanita Terjun Dari Tingkat 18 Wanita Terjun Dari Tingkat 18 Reviewed by OH Buletin on 10:39 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.