Ananda Krishnan Terima Waran Tangkap?

Waran tangkap ke atas Ananda Krishnan | Biro Pe­nyia­satan India (CBI) telah menge­luarkan waran tangkap ke atas dua warga Malaysia dan dua syarikat Malaysia berhubung kes pengubahan wang haram antara Aircel dan Maxis melibatkan Menteri Komunikasi India, Dayanidhi Maran serta saudara kandungnya, Kalanithi Maran.


Menurut portal New Indian Press, dua rakyat Malaysia yang dituduh terlibat dalam kes itu ialah taikun telekomunikasi, Ananda Krishnan dan Augustus Ralph Marshall serta empat syarikat iaitu Sun Direct TV Pvt. Ltd. (SDTPL), Maxis Communication Berhad, South Asia Entertainment Holding Ltd. dan Astro All Asia Network.

CBI India turut memberitahu Hakim Mahkamah Khas, O P Saini bahawa waran tangkap telah dikeluarkan tetapi masih belum disampaikan kepada tertuduh.

Badan Penguat­kuasaan Direktorat (ED) pada 25 Mei lalu telah mengeluarkan saman di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (PMLA) untuk memeriksa Ananda Krishnan.

Keesokan harinya, satu lagi saman dikeluarkan untuk memeriksa Ralph Marshall dan kedua-dua saman itu telah dihantar ke Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri.
Sementara itu, keluarga Maran mencabar bidang kuasa mahkamah khas dengan menyatakan bahawa kes tersebut bukan sebahagian daripada spektrum penipuan komunikasi dan skandal politik (2G) dan tidak boleh didengari oleh hakim yang ditetapkan untuk mengendalikan kes-kes 2G secara eksklusif.

Bekas Menteri Komunikasi Dayanidhi Maran; saudara kandung­nya, Kalanithi Maran; isteri kepada Kalanithi, Kavery Kalanithi; Pengarah Urusan Asia FM Ltd. (SAFL), K. Shanmugam dan syarikat-syarikat SAFL dan SDTPL adalah antara mereka yang dipanggil oleh mahkamah sebagai tertuduh.

Dalam pada itu, ED menentang pengakuan adik beradik Maran dengan menyatakan aspek pengubahan wang haram masih disiasat dan berkemungkinan mengganggu bukti serta mempengaruhi saksi. Mahkamah memerintahkan sebutan kes dilanjutkan pada 27 Ogos ini.

Ananda Krishnan Terima Waran Tangkap? Ananda Krishnan Terima Waran Tangkap? Reviewed by OH Buletin on 7:08 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.