Jumpa Mayat Di Longkang Kampung Orang Asli

Jumpa Mayat Di Longkang Kampung Orang Asli | Mayat seorang lelaki ditemui terperosok di dalam sebuah longkang besar di Perkampungan Orang Asli Tun Razak, Kampung Gerachi, Kuala Kubu Bharu, Selangor hari ini.


Sumber polis memberitahu, mayat itu dijumpai seorang pemuda Orang Asli dari kampung terbabit yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan.

Jelasnya, menyedari penemuan tersebut, pemuda itu, Nizam Johar, 18, bergegas membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besar Kuala Kubu Bharu, pemeriksaan lanjut dan disahkan telah meninggal dunia.

“Namun sebelum mayat mangsa tersebut ditemui, saksi memaklumkan kepada pihak polis bahawa mangsa sebelum itu dilihat berada dalam keadaan mabuk dan kemungkinan besar terjatuh dilongkang ketika ingin membuang air kecil,” katanya di sini.

Sumber berkata, kesemua rakan-rakan mangsa termasuk saksi telah dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.

Katanya, pihak polis telah melakukan siasatan terhadap Tok Batin kampung berkenaan dan beberapa saksi lain yang sebelum ini didapati pernah terlibat dalam satu pergaduhan bersama mangsa di satu majlis perkahwinan.

“Berdasarkan siasatan awal yang dilakukan di tempat kejadian dan keterangan saksi didapati tiada unsur jenayah dan kes telah di klasifikasi sebagai mati mengejut,” jelasnya lagi.

Jumpa Mayat Di Longkang Kampung Orang Asli Jumpa Mayat Di Longkang Kampung Orang Asli Reviewed by OH Buletin on 7:03 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.