Selfie Gimnas Korea Utara, Selatan Jadi Viral

Selfie Gimnas Korea Utara, Selatan Jadi Viral | Gimnas Korea Selatan Lee Eun-Ju, yang mendapat tumpuan antarabangsa selepas mengambil gambar pesaing dari Korea Utara di Rio, berkata dia terkejut dengan reaksi luar biasa diterimanya akibat perkara sekecil sebegitu.


Memetik laporan AFP, Eun- Ju berkata, gambar itu diambil sebagai tanda kenang-kenangan selepas mereka berdua selesai bertanding dalam acara gimnastik wanita di Olimpik Rio.

"Saya melihat dia dan meminta dia untuk bergambar bersama sebagai kenang-kenangan," kata Eun-Ju merujuk kepada gambar selfie dia dengan gimnas Korea Utara Un-Jong.

Gambar selfie yang dimuatnaik oleh Eun Ju itu, tidak semena-mena menjadi viral dimedia sosial yang rata-rata melabelkannya sebagai gambaran terbaik semangat Olimpik.

Ia dikongsi lebih ratusan ribu kali termasuk oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach yang menganggapnya sebagai isyarat yang hebat.


Selfie Gimnas Korea Utara, Selatan Jadi Viral Selfie Gimnas Korea Utara, Selatan Jadi Viral Reviewed by OH Buletin on 10:52 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.