Video Pergaduhan JDT vs Perak FC Di Stadium Ipoh 6 Ogos 2016

Ini Dia Video Dan Gambar Pergaduhan Di Stadium Ipoh 6 Ogos 2016 | Berlaku kekecohan di Stadium perak, Ipoh selepas tamat perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor DT.


Dalam perlawanan itu, Perak tewas 0-1 kepada Johor DT hasil jaringan Pereyra Diaz pada minit ke-16.

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) masih cuba mengawal keadaan dan jurufoto NSTP Supian Ahmad cedera dipukul selain kameranya dicuri dalam kekecohan antara penyokong.


“Saya ke bahagian penyokong selepas mendengar letupan mercun untuk merakam gambar, tiba-tiba saya ditarik oleh sekumpulan penyokong yang menutup muka menyebabkan saya terjatuh.


“Saya kemudiannya dipijak di bahagian leher, ditumbuk di bahagian muka dan disepak di bahagian pinggang sebelum kamera saya dilarikan,” kata jurugambar NSTP, Supian Ahmad.
Menurutnya, pada waktu itu keadaan kelam kabut dan dia sedaya upaya cuba menyelamatkan kameranya namun gagal selepas kumpulan penyokong itu membelasahnya.


Katanya, mereka cuba merampas semua barang dimilikinya termasuk lensa kamera sebelum seorang lagi jurugambar menyelamatkannya dan membawanya keluar dari kawasan itu.

Supian berkata, dia mengalami kecederaan di bahagian mata, leher dan belakang manakala kameranya masih gagal ditemui.




Penyokong Johor DT juga diarah berkumpul di tengah padang dan Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan meminta penyokong Perak meninggalkan stadium bagi menenangkan keadaan.

Saksikan video pergaduhan antara pasukan Perak dan JDT di Stadium Ipoh semalam.



Video Pergaduhan JDT vs Perak FC Di Stadium Ipoh 6 Ogos 2016 Video Pergaduhan JDT vs Perak FC Di Stadium Ipoh 6 Ogos 2016 Reviewed by OH Buletin on 10:35 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.