Awie Mengaku Keturunan Raja Siam?

Awie Mengaku Keturunan Raja Siam? | Gara-gara mengakui dirinya berasal dari keturunan raja Siam, ada pihak mungkin meragui pengakuan tersebut dan meminta Awie mengemukakan dokumen salasilah keluarganya. Bagaimanapun Awie ketika ditanya mengenainya, enggan memberikan komen lanjut berhubung dengan dakwaan yang pernah dikeluarkannya kerana merasakan ia bukanlah tatapan umum.


“Saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya tidak mahu komen apa-apa kerana ia bukan untuk tatapan orang ramai,” katanya kepada Harian Metro mengenai dakwaan beliau sebelum ini mengatakan dirinya berkahwin di Thailang kerana keluarganya berasal dari keturunan raja Siam.

Sebelum ini Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof dalam satu laporan meminta penyanyi rock terbabit mengemukakan bukti salasilah keluarganya bagi mengesahkan dakwaannya. Selain itu dokumen tersebut juga perlu dikemukakan kepada kedutaan Thailand dan kerabat Raja Sulaiman untuk memastikan kesahihannya.

Pun begitu dalam satu laporan berlainan pula, Awie dikatakan terlepas cakap mengenai salasilah keturunanya itu. Awie sebelum ini mengatakan dirinya adalah keturuan Raja Siam melalui moyangnya, Raja Sulaiman selepas beliau mendirikan rumah tangga bersama isteri, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin di Masjid Sultan Sulaiman Shah, Songkhla, Thailand minggu lalu.

Awie Mengaku Keturunan Raja Siam? Awie Mengaku Keturunan Raja Siam? Reviewed by OH Buletin on 9:31 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.