Video Viral Myvi Biru Diseret Trailer Bauksit

Video Viral Myvi Biru Diseret Trailer Bauksit | Rakaman sebuah kereta Perodua Myvi diseret treler menjadi viral hari ini di laman Facebook.


Menurut sebuah perkongsian, kejadian didakwa berlaku di persimpangan keluar Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke).

Rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan treler tersebut menyeret Myvi berkenaan sejauh kira-kira 100 meter.

Laporan sebuah portal berita tempatan pula mengatakan Myvi berkenaan cuba memintas treler terbabit dari sebelah kiri.



Laluan yang semakin mengecil menyebabkan Myvi berkenaan bergesel dengan treler berkenaan dan diseret dalam keadaan melintang.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan kes masih disiasat polis.

Video Viral Myvi Biru Diseret Trailer Bauksit Video Viral Myvi Biru Diseret Trailer Bauksit Reviewed by OH Buletin on 7:21 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.