Taja ABPBH Juta-Juta, Datuk Seri Vida Ingin Naik Pentas!

Taja ABPBH Juta-Juta, Datuk Seri Vida Ingin Naik Pentas! | Kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 3.0) semakin terasa. Hanya tinggal lebih kurang beberapa hari sahaja lagi sebelum anugerah penuh berprestij ini akan disiarkan secara langsung di kaca televisyen pada 14 Mei ini.

Datuk vida, vida beauty, datuk seri vida

Kali ini, ABPBH 3.0 ditaja oleh Datuk Seri Vida yang merupakan pengasas produk kecantikan Vida Beauty. Seperti yang diketahui umum, Datuk Seri Vida memang sering memberi penajaan rancangan hiburan dan keletahnya turut sama dinantikan para penonton.

Untuk ABPBH 3.0 kali ini, para penonton sekali lagi akan 'digeletek mudah' dengan keletah comel dan lucu Datuk Seri Vida di atas pentas. Beliau turut memaklumkan keinginannya kali ini untuk naik ke atas pentas.

Setiap kali nak keluarkan tajaan, semestinya saya mahu perjuangkan hak saya. Kita keluarkan duit, tapi terhegeh-hegeh pula merayu nak iklankan produk. Sekarang ini saya terpaksa bawa alat ukur tekanan darah setiap kali nak berurusan dengan pihak seperti ini. Hakikatnya saya tak perlu buat tajaan untuk mereka.
Tajaan ini sudah seperti makanan saya, bukan perkara baharu. Tapi saya tak sangka mereka begitu berkira dan ‘kemut’. Tak terfikir pula mereka hanya beri klip promosi opening dan closing, saya memang tak sangka skrip pun mereka nak kira.
Saya kena lebih bijak. Bagi tajaan majlis anugerah kali ini, saya nak pastikan produk saya menjadi sebahagian daripada anugerah.
Saya juga nak naik pentas, duduk bawah sahaja tak best, itu cara lama.

Apapun, kita nantikan bersama-sama pada tanggal 14 Mei nanti untuk melihat keletah beliau di atas pentas nanti.

Taja ABPBH Juta-Juta, Datuk Seri Vida Ingin Naik Pentas! Taja ABPBH Juta-Juta, Datuk Seri Vida Ingin Naik Pentas! Reviewed by OH Buletin on 9:42 PM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.