Isteri Ada Skandal Punca Inspektor Tembak Sampai Mati

Punca Inspektor Polis Tembak Isteri Sampai Mati Dikenalpasti | Susulan kes seorang anggota polis berpangkat Inspektor yang menembak mati isterinya di Kampung Kakai, Serian, Sarawak, pada jam 3.15 petang tadi telah ditahan oleh polis di pasar raya di Matang Jaya, Matang, Kuching, Sarawak malam ini.


Mangsa yang dikenali sebagai Siti Nadirah Abdullah (Christie) berusia 33 tahun ditemui terbaring oleh seorang ahli keluarganya di dalam rumah.


Selepas menembak isterinya, suspek yang merupakan Ketua Polis Balai Belaga, Sarawak itu terus melarikan diri dengan kereta jenis Proton Saga bersama pistol yang digunakan untuk menembak isterinya itu.

[ Artikel Berkaitan : Status Terakhir Christie Sebelum Ditembak Suami ]

Dalam rekod polis pula, mangsa tiada dalam rekod sebagai isteri suspek dan dalam siasatan polis, mangsa hanyalah disahkan sebagai teman wanita sahaja.


Menurut sumber yang kami perolehi, mangsa adalah isteri ketiga dan punca pegawai polis menembak isterinya kerana cemburu isterinya yang mempunyai skandal dengan salah seorang ahli perniagaan berbangsa Cina.

Isteri Ada Skandal Punca Inspektor Tembak Sampai Mati Isteri Ada Skandal Punca Inspektor Tembak Sampai Mati Reviewed by OH Buletin on 12:46 PM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.