Video Suspek Cabul Wanita Dibelasah Sampai Koma

Video Suspek Cabul Wanita Dibelasah Sampai Koma | Seorang lelaki berumur 30 tahun koma selepas dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Putra, Kedah kerana didakwa mencabul seorang wanita dalam tandas di tingkat satu bangunan tersebut, Ahad lalu, lapor Harian Metro.


Dalam kejadian jam 4 petang, suspek didakwa cuba memeluk mangsa berumur 21 tahun dari depan dengan menekup mulutnya sebelum mangsa mengigit tangannya tetapi ditumbuk di perut oleh suspek.

Kejadian itu disedari beberapa individu yang berada di luar tandas selepas terdengar jeritan suspek. Suspek ditangkap dan dibawa ke tingkat bawah bangunan dan dibelasah sekumpulan lelaki.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, suspek ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada anggota Unit Peronda Polis (MPV) sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.

"Keadaan suspek kini masih kritikal dan dirawat di Zon Merah HSB akibat kecederaan parah di bahagian kepala.





"Setakat ini tiada sebarang tangkapan yang dibuat namun kes ini masih dalam siasatan. Kakak kepada suspek telah membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa adiknya pagi tadi (Isnin), manakala mangsa juga telah membuat laporan polis di IPD Kota Setar malam tadi (Isnin), yang mendakwa suspek telah mencabulnya," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Video Suspek Cabul Wanita Dibelasah Sampai Koma Video Suspek Cabul Wanita Dibelasah Sampai Koma Reviewed by OH Buletin on 9:45 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.