Inspektor Polis Ditemui Mati Ditembak Dikepala Di IPD Pasir Puteh

Inspektor Polis Ditemui Mati Ditembak Dikepala Di IPD Pasir Puteh | Seorang pegawai polis telah ditemui mati dengan terdapat kesan tembakan di bahagian dahi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan hari ini, lapor Harian Metro.


Pegawai polis berpangkat Inspektor berkenaan yang berumur 29 tahun itu ditemui pada 9 pagi di atas kerusi di pejabatnya oleh rakan anggota polis yang lain.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa yang merupakan Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial sedang bertugas dari 8 malam semalam hingga 8 pagi tadi dan membuat rondaan di sekitar Pasir Puteh.

"Mangsa sepatutnya hadir mesyuarat peringkat daerah 9 pagi tadi namun tidak hadir sebelum seorang anggota mencari dan menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas kerusi serta kesan darah di bawah kerusi.

"Antara jam 4 hingga 5 pagi, jiran mangsa (rakan setugas) ada mendengar bunyi tembakan, namun tidak mengesyaki apa-apa.

"Pada 9 pagi, kita menemui jasad mangsa sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Jenazah mangsa berasal dari Selangor telah dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, satu siasatan juga turut dilakukan bagi mengetahui motif kejadian termasuk sama ada mangsa mengalami tekanan atau sebaliknya.

Inspektor Polis Ditemui Mati Ditembak Dikepala Di IPD Pasir Puteh Inspektor Polis Ditemui Mati Ditembak Dikepala Di IPD Pasir Puteh Reviewed by OH Buletin on 9:08 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.