CIMB Jelas Isu 'Direct Debit' Yang Tular Beberapa Hari Lepas

CIMB Jelas Isu 'Direct Debit' Yang Tular Beberapa Hari Lepas | CIMB Malaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook menjelaskan mengenai masalah transaksi ‘direct debit’ yang dihadapi oleh penggunanya sejak semalam.


Menurut CIMB, mereka ingin memberi jaminan kepada pelanggan yang terjejas bahawa transaksi ‘direct debit’ baru-baru ini adalah transaksi kad debit yang sah yang dilakukan oleh pelanggan. Insiden-insiden terpencil ini adalah berkenaan dengan transaksi-transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan / perkhidmatan penstriman dalam talian.

“Walau bagaimanapun, penerangan transaksi dilabel semula sebagai ‘direct debit’ yang menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan kami”

“Kami memohon maaf atas kekeliruan dan kami akan menghubungi pelanggan-pelanggan yang terbabit secara langsung”.


Media sosial semalam dihujani dengan masalah ‘direct debit’ yang dihadapi oleh pelanggan CIMB sehingga menjejaskan sejumlah wang yang terdapat di dalam akaun mereka.

CIMB Jelas Isu 'Direct Debit' Yang Tular Beberapa Hari Lepas CIMB Jelas Isu 'Direct Debit' Yang Tular Beberapa Hari Lepas Reviewed by OH Buletin on 10:41 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.