Detik Cemas Pengguna Maybank Wang Dicuri Menerusi M2U Ketika PKP Fasa 2

Detik Cemas Pengguna Maybank Wang Dicuri Menerusi M2U Ketika PKP Fasa 2 | Baru-baru ini, kita sering didedahkan dengan aktiviti scammer yang mengambil kesempatan bagi memperoleh wang dengan cara menipu orang ramai. Selain itu, terdapat juga berita kehilangan ataupun kecurian wang yang dikenal pasti melalui akaun simpanan bank yang lesap  secara tiba-tiba.


Terbaru, seorang pengguna Facebook, Norzieana mendedahkan yang akaun Maybank M2U nya telah di godam dan sebahagian besar amaun wangnya telah hampir dicuri. Ikuti kisah beliau dibawah.
Ini dugaan yg aku lalui pada PKP Fasa 2. Aku siarkan cerita ni atas nasihat daripada Inspektor Fatin dari IPD Batu Gajah agar kalian semua lebih berhati² menggunakan perbankan internet.
Cerita bermula pada hari Khamis (2 April 2020) sekitar jam 4.57 ptg, membuat pindahan wang sebanyak rm1,000.00 ke satu lagi akaun milik aku. Tak lama lepas tu sekitar jam 6.44 ptg aku menerima wasap daripada nombor 0176312341 menyatakan tersalah hantar TAC ke nombor telefon aku..Masa tu dah rasa lain macam “mana mungkin tersalah hantar TAC. nombor phne aku dgn dia bukan sama pun”..Dia x puas hati sbb aku x rply, dia call dari wasap sebanyak 2 kali tapi aku tetap x angkat sbb masa tu kebetulan aku tgh masak utk makan mlm..Tak lama kemudian menyusul nmbor TAC melalui sms di telefon aku..Aku yg tgh masak ni punya rasa mengeletar lutut bila dpt TAC tu, terus block nombor wasap & sms tu..Aku x boleh fikir masa tu, takut sgt² bila teringat kisah² org yg pernah kena tipu sblm ni..Bila aku x layan dia dah x call lagi..Aku sedikit lega la..Sambil² tu aku hubungi bff zaman sekolah dulu Mastura Abu Bakar yg bekerja di Maybank..Bertanya mcm² dgn mas berkaitan scammer ni..Sedikit lega bila mas kata aku bernasib baik kerana tidak berkongsi nmbor TAC tersebut..Dalam lega² tu aku cek gak akuan mmg masih ada duit.
Keesokan hari iaitu pada hari Jumaat (3 April 2020) sekali lagi aku dihubungi oleh scammer menggunakan sms sekitar jam 6.53 ptg dari nombor 63044 bertanya kan sama ada aku ada membeli brg dari Lazada bernilai 18k..Aku x layan & terus block..Sekitar jam 8.03 malam aku terima wasap dari nombor 01125835468 sekali lagi bertanyakan sama ada aku ada membeli brg di Lazada & membuat pembayaran pada mereka..Masa tu dah x sedap hati sebenarnya wlupun terus block segala nombor tu..Hati jadi berdebar².. Dengan tangan yg menggigil aku try buka website m2u & mendapati duit aku telah di transfer sebanyak 2 kali transaksi ke First Deposit GSP..nilai bagi kedua² transaksi adalah sama dgn nilai brg di Lazada yg dinyatakan dlm sms..Aku menangis xtau nak buat apa tgk duit dlm akaun dah menyusut..Aku call semula mas utk meminta pandangan dia..Aku dah blur masa tu..Mas tenangkan aku & suruh terus pegi buat report polis, tukar password m2u sesegera mungkin & call Maybank Customer Service utk meminta bantuan..Aku terus cerita pd suami apa yg terjadi & kami tawakal bergegas ke IPD Seri Iskandar ber2 sbb aku xleh drive..nasib le IPD dekat je dgn rumah..
Sampai di IPD Seri Iskandar aku terus buat report sambil² tu cuba tukar password m2u tapi x berjaya..TAC x sampai²..Aku dah menangis masa tu..sambil² tu cuba call Maybank Customer Service tapi xdpt bercakap dgn pegawai bertugas sbb diaorg dah di luar waktu operasi..Untuk pengetahuan korang Maybank Customer Service tidak beroperasi 24 jam sepanjang PKP ni..Sambil buat report, sambil sembang dgn pegawai² polis yg ada di situ..masing² terkejut mcmana scammer boleh ambil juga duit wlupun kita x kongsi TAC..Masa dah print report dpt ckp dgn Inspektor bertugas tapi dia x boleh buat pulak sbb aku buka akaun di Batu Gajah..Diaorg trnsfer report aku ke IPD Batu Gajah..Dapat call dari pegawai penyiasat di sana & dia suruh aku dtg sesegara yg mungkin..Aku setuju dtg keesokan hari (Sabtu – 4 April 2020) memandangkan hari dah jauh mlm.
Balik rumah migrain dah mula menyerang..Perut lapar tapi x rasa nak makan..Aku masih lagi wasap dgn mas sambil² cuba tukar password & remove 2 goal yg telah scammer create dlm akaun aku..Tetap x berjaya..Tak sedar bila aku tertidur sbb bnyk menangis.
goal tetapi tetap tidak berjaya hingga hampir jam 3 ptg hari ni..Jangan tanya berapa puluh kali aku call & cuba macam².. Aku dah rasa nak gila sbb banyak kot nilainya diaorg ambik..aku susah payah simpan utk anak², korang setan senang² nak curi hasil titik peluh aku..klu rm180 pun aku susah hati inikan pulak jumlah aku diduga 😭
Menurut mas, kita sebenarnya terdedah dgn scammer bila menggunakan online banking melalui WiFi luar/percuma..tapi masalahnya masa tu aku kat rumah..Aku guna INTERNET PERCUMA yg kerajaan bagi tu sbb masih dlm tempoh 8pg – 6 ptg waktu kejadian pertama..YESSSS aku rasa sbb guna Internet Percuma, jadi scammer senang trace transaksi aku ptg khamis tu..Korang rasa x apa yg aku rasa ? Selepas kita guna Internet Percuma minggu ni banyak kejadian scammer curi duit kita dlm akaun..Aku x salahkan Internet Percuma yg kerajaan bagi kita..Aku bersyukur dpt tapi aku geram dgn scammer ni sbb lagi memudahkan kerja diaorg menipu.
Hampir jam 3.18 ptg hari ni atas bantuan mas aku telah dihubungi oleh pegawai dari Maybank Kuala Lumpur..Setelah usaha call Maybank Customer Service & hantar email kat Maybank xde jawapan Allah hantar bantuan utk aku yg dah x tentu arah ni..Aku menangis dpt panggilan dari Maybank KL tu..Pegawai tu bantu aku buat password baru & remove goal yg dicipta scammer binatang tu..kami usaha sama² sampai berjaya dapat balik jumlah yg telah pending dlm akaun aku tu..Tqsm mas..Tak terbalas jasa mas pada gee 😭
Lepas selesai dpt semula duit aku, terus siap² lepas asar nak teruskan juga bagi statement kat IPD Batu Gajah..Walaupun duit aku dah dpt balik tapi aku nak bagi pengajaran kat scammer bodoh tu..Ber2 lagi kami melalui sekatan jln raya di Siputeh berbekalkan report polis dari IPD Seri Iskandar smlm..Dalam jam 5.30 ptg kami selamat sampai & terus menuju pejabat pegawai penyiasat, Inspektor Fatin..
Menurut Inspektor Fatin, dia sendiri baru tau taktik scammer create My Goal dlm akaun kita..Dia juga yg meminta aku berkongsi pengalaman di laman sosial agar lebih ramai yg peka dgn situasi semasa..Rupanya banyak report yg dikendalikan Inspektor Fatin Sekitar 2, 3 hari ni berkaitan online banking..
Jadi tolong le kwn², ALERT dgn semua sms, wasap & panggilan dari org yg tidak dikenali sama ada meminta TAC atau bertanyakan tentang pembelian brg² di LAZADA atau SHOPEE..Paling penting juga korang jangan PANIK ketika lalui detik mcm ni..skrg bukan masa utk kita shopping dgn seronok & menggunakan aplikasi online banking, lagi² sepanjang tempoh dari jam 8 pagi hingga 6 ptg..hari ni juga ada sale di LAZADA & SHOPEE sempena 4.4 kan ?? Berhati²lah semua..Kalau dah jadi mcm aku mmg menangis je la xtau nak buat apa..Dah le sepanjang tempoh PKP waktu operasi Customer Service & bank² dah x sama mcm dulu..Kena pulak mcm aku Jumaat mlm kejadiannya..Sabtu Ahad mana ada bank beroperasi..Macam² kemungkinan boleh terjadi sepanjang 2 hari cuti ni..Aku merayu tolonglah lebih berhati² 😔

Detik Cemas Pengguna Maybank Wang Dicuri Menerusi M2U Ketika PKP Fasa 2 Detik Cemas Pengguna Maybank Wang Dicuri Menerusi M2U Ketika PKP Fasa 2 Reviewed by OH Buletin on 4:47 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.