Golongan B40 Bakal Terima RM180 Untuk Pembelian Smartphone Baharu

Golongan B40 Bakal Terima RM180 Untuk Pembelian Smartphone Baharu | Mulai tahun 2021 individu kalangan B40 layak untuk memohon bantuan kredit telekomunikasi bernilai RM180.


Bantuan ini boleh digunakan sama ada untuk melanggan Internet atau pembelian telefon bimbit baru. Perkara ini telah pun diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz pada pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lalu.

Ianya merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Jaringan Prihatin bernilai RM1.5 bilion. Selain itu, belia berumur 18-20 tahun turut layak menerima bantuan kredit RM50 ke dalam akaun dompet digital (ewallet) masing-masing.

Pemberian ini melibatkan kos RM75 juta yang akan memanfaatkan lebih 1.5 juta belia di negara kita.

Golongan B40 Bakal Terima RM180 Untuk Pembelian Smartphone Baharu Golongan B40 Bakal Terima RM180 Untuk Pembelian Smartphone Baharu Reviewed by OH Buletin on 6:26 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.