Pesakit Positif Covid-19 Lari Dari Hospital Penang

Pesakit Positif Covid-19 Lari Dari Hospital Penang | Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.


Menurut sumber, lelaki berusia 23 tahun yang menerima rawatan  virus Covid-19 di hospital itu dikesan tiada di wadnya kira-kira pukul 3.20 petang hari ini.

Menurutnya, pesakit berkenaan dengan pakaian terakhir baju dan seluar berwarna putih itu turut meninggalkan gelang pengawasan berwarna merah jambu di atas katilnya sebelum dipercayai melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan polis kini giat mengesan lelaki tersebut.

Pesakit Positif Covid-19 Lari Dari Hospital Penang Pesakit Positif Covid-19 Lari Dari Hospital Penang Reviewed by OH Buletin on 9:34 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.